Terbabas tu perkara biasa.penat tu jgn ckp lah kan.kita asyik kne tanye die nak terkencing ke tak?nak yak tak?setiap setengah jam aku tanya.sampai adam pun buat muka boringgggg.hahaha
aku start dengan tak pakai kn diapers waktu siang.malam still pakai.ni tips yang aku buat untuk potty trained anak.make sure anak korang dah pandai cakap okay!selalunya bile budak dah pandai cakap nk kencing atau yakyak masa diorg pakai diapers its a sign yang anak korang kene potty train!
1.Setiap 15 minit kene tanya nak kecing tak? nak yak yak tak? dan bawak anak ke toilet.
2.Ajar cara nak teran.kadang2 diorg tak faham teran nk buang air kecik atau besar tu macam mana.
3.Kalau diorg kata kencing xnak keluar cuba siram kaki diorg dengan air sejuk.ni tips dari makcik aku.alhamdulillah mmg berkesan.bila rasa sejuk dekat kaki tu diorg automatik akan kencing.kalau tak keluar jugak means mmg belum lagi nak terkencing lah.
4.Bila waktu siang dah betul2 diorg tak terkencing merata-rata,bila malam dah xpayah pakai diapers.waktu malam ni challenging sket.haha.sebab diorg xsedar.mak bapak pun samaa.haha.eh tapi kn masa awal2 aku xpkai kn adam diapers aku yg xlena tidur,risau dia terkencing atas tilam.rasanye tiap jam aku terbangun n raba2 tilam takut basah.haha.
waktu malam aku sediakan tempat tidur special untuk dia.haha..yelah dah la tidur sekali atas katil.xpasal2 aku pun kene gak kencing die,haha..okes atas tilam tempat die tidur aku alas kan dengan tikar getah baby tu.atas tu letak tilam baby dan kain batik.bile die terkencing xde lah kene tilam aku.sebab dah ada tikar getah dan tilam baby tu.so senang untuk kita basuh kan :)
5.Sebelum tidur make sure die akan kencing dulu.nak pulak kalau sebelum tidur minum susu dulu kan.wajib suruh anak2 kencing sebelum tidur okay.awal2 biasa lah akan terkencing dlm seluar.lesson learn okay mak2!
6.Dont give up mommies!.insyallah dalam masa sebulan anak korang akan free diapers.paling tragis bile die cakap "mommy ada taik kt kaki adam" denggggg!haha..awal2 mmg kita akan penat.itu lah tugas mak kan.suami pun sila support isteri.tolong la jugak kn.help each other.
7.Bile dah potty train.boleh ajar anak korang macam mana nk cuci lepas yakyak.
oh ya aku beli kn adam potty train bowl macam ni.masa tu dekat mothercare ada sale harga dlm rm18 mcm tu.terus beli.sebab malas nk gi survey.nasib baik murah.
tapi bukan corak thomas tau.sebab dah habisss.ada corak rocket.cushion pun lembut xde lah sakit punggung die kan.and adam pun excited nk gunaa.haha.semangat sket kan die nk pegi toilet yakyak.yang ni aku guna letak atas toilet bowl.kalau tandas cangkung tu xyah lah guna ni.
sekarang jimat dah awish sorg je pakai pampers and awish will be potty train soon!nk masuk 3 tahun dah bulan 1 next year.so kene lah potty train.! harap dapat beri manfaat pada uols!
sikat rambut sendiri.nak nampak tajam dekat tepi kate nya.
pening mommy layan awak ni. -_-'
adam oh adam.
No comments:
Post a Comment