Monday, February 22, 2010

Tanda-tanda bersalin

Entry ni Khas untuk yg 1st time pregnant mcm aku nie,tak tau cmne tanda2 nk bersalin.kdg2 sakit kt bhgian rahim,rase cm baby nk kuar dah,rase berat lah kt bwh perut tapi rupenye contraction tipu jek.selalu konpius.nie tanda2 sakit nk bersalin yg aku bace kt satu laman web nie Portal Alam Hamil. sila lah bace eh =)

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.


Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.


Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera
.


Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.


Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj

4 comments:

kayzie said...

takkan dapat lupakan pengalaman bersalin ni sampai bila-bila..hehe..zura..selamat menempuhi proses bersalin..semoga semuanya di permudahkan..

sweetlavender86 said...

next is my turn plak.hehe..thanx kak kayzie.insyallah.kak kayzie nape nk comment kt blog kak kayzie xbleh eh.dah bnyak kali try.

kayzie said...

Owh yeke?npe plak ek?msti ad tersalah setting pape pas ubah lyout aritu..ptt la sunyi jek..huhu

sweetlavender86 said...

tuh la.bnyak kali dah nk komen tpi xleh pas kak kayzie tkar layout bru.hehe