Monday, October 29, 2012

brownies chocolate chips

haloooo bloggers.!poyo sangat.haha...hari ni nak share resepi brownies choco chips.dah bertahun x buat brownies.last buat mase study kt uniten dulu.huhu.terpkse la korek blik resepi dan mengasah balik skill baking dah dah sedia tumpul.huhuhu...patutnye nk buat marble cheese brownies.tapi xjmpe plak cream cheese.maklum la pegi pasaraya pacific je dekat ngn umah mak.huhu..jadi lah santapan di hari raya aidiladha baru-baru ni.alhamdulillah habis.bahan-bahan pun terhad jadi next time kne carik cooking chocolate yg branded sket bagi rase lagi umpppp.hahaha





credit to Mat Gebu for this recipe:


BAHAN-BAHAN BROWNIES :-)
250 gram mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu sejat ( sy guna susu "IDEAL")
1 1/2 cawan gula halus (sy guna 1 1/4 cawan)
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul dan ayak)
1 camca teh esen vanilla

*hiasan: chocolate cooking (dicairkan guna kaedah double boiler),chocolate chip.


CARA MEMBUATNYA :-
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukkan serbuk koko dan kacau hingga rata. 
  3. Kacau gula halus dan telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. 
  4. Masukkan susu cair, kacau rata.
  5. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata.
*dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese.  
   6. Tuang adunan dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.sy masak pada suhu 160C .

7.setelah masak,boleh la hias brownies dengan curahkan chocolate cooking yang dicairkan dan chocolate chip.atau pun boleh mkn dengan ice-cream,sedap!
ikut kreativiti anda.hehehe

bagi yang nak tambah topping cheese ni bahan-bahan untuk cheese:

BAHAN-BAHAN TOPPING CHEESE :-)
250 gram cream cheese
1 biji telur gred B
3/4 cawan gula halus (mat guna 1/2 cawan)
Parutan kulit lemon dari sebiji lemon
1 camca teh jus lemon
2 camca besar susu sejat

  1. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur, parutan kulit lemon, susu sejat dan putar lagi hingga berkrim.
  2. Tuang atas brownies tadi yg telah di bakar dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus (atau corak yang anda gemari), kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...




 next time nk try buat marble cheese brownies.yummeh!  #bertambah lemak dibadan






2 comments:

puan.mila said...

sedap brownies choc tu..kecur air liur nengok..gullrpp!

aTieYusof Family said...

nampak sedapp je brownies tu..nyum2..
singgah sini & follow..
klu sudi follow balik ye...
salam kenal :)